Agama, tradisi dan budaya rakyat Lembu

Tradisi Hindu

Lembu adalah suci dan terhormat dalam agama Hindu. Pada zaman Vedik, lembu melambangkan kemewahan [91]:130 dan seringkali disembelih. Pada zaman kemudian barulah lembu disucikan. Menurut Mahabharata lembu harus dilayan dengan sama hormatnya seperti ibu sendiri.[92] Di pertengahan alaf pertama, penggunaan daging lembu mula tidak disenangi oleh perundangan.[91]:144 Biarpun tiadanya dewa-dewi berupa lembu mahupun kuil memuja lembu,[91]:146 namun lembu banyak terdapat pada catatan Veda dan Purana. Dewa Krishna dibesarkan dalam keluarga penternak lembu, maka diberi timangan Govinda (pelindung lembu). Di samping itu, Shiva diceritakan menunggang lembu jantan bernama Nandi.

Susu dan hasil tenusu banyak digunakan dalam ritual Vedik.[91]:130 Pada zaman pasca-Vedik, hasil lembu – susu, dadih, minyak sapi, bahkan juga tahi dan kencing lembu (gomutra), ataupun kelima-limanya sekali (pancagavya) – mula memainkan peranan penting dalam penyucian dan penebusan dosa.[91]:130–1

Menyanjung lembu menjadi lambang identiti masyrakat Hindu,[91]:20 terutamanya sejak akhir abad ke-19. Penyembelihan lembu diharamkan di sesetengah negeri India. Restoran McDonald's di India tidak menyajikan burger lembu. Di negara Maharaja Ranjit Singh awal abad ke-19, membunuh lembu boleh dihukum mati.[93]

Tradisi lain

  • Lembu adalah salah satu daripada 12 ahli zodiak Cina.
  • Buruj Taurus melambangkan lembu jantan.
  • Kaum Fulani di Afrika Barat merupakan penternak lembu nomadik terbesar.
  • Puak Maasai di Afrika timur mempunyai kepercayaan lama bahawa dewa Engai mengurniakan kepada mereka hak mutlak ke atas semua lembu di Bumi.[94]

Rujukan

WikiPedia: Lembu http://www.nt.gov.au/d/Content/File/p/Anim_Dis/747... http://www.mvma.ca/resources/animal-owners/animal-... http://beef2live.com/story-world-beef-exports-rank... http://beefmagazine.com/genetics/0201-increased-be... http://www.blackwell-synergy.com/links/doi/10.1111... http://chillinghamwildcattle.com/science/ http://www.google.com/books?id=JgAMbNSt8ikC&pg=PA1 http://www.google.com/books?id=JgAMbNSt8ikC&pg=PA6... http://www.highbeam.com/doc/1P2-80866.html http://www.hkcd.com/content/2015-01/08/content_901...